Johor buru rekod Kejohanan Antarabangsa Petanque

Johor buru rekod Kejohanan Antarabangsa Petanque

(Dari kiri) Ramli Abd. Rahman, On Jabbar@Jaafar, Nor Syazlan Abd. Razak dan Johnny Lau dalam sidang akhbar Kejohanan Antarabangsa Johor Petanque di Hotel Pinetree, Iskandar Puteri hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor bakal menganjurkan Kejohanan Antarabangsa Johor Petanque 2022 yang julung kalinya diadakan di negara ini pada 27 dan 28 Ogos ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) Datuk On Jabbar@Jaafar berkata, kejohanan tersebut bakal mencatat sejarah tersendiri apabila akan direkodkan ke dalam Malaysia Book of Record bagi kategori penyertaan teramai untuk sukan petanque.

Beliau berkata, setakat ini, seramai 834 peserta telah mendaftar secara rasmi untuk menyertai kejohanan ini dengan penyertaan tertinggi adalah daripada atlet tempatan seramai 626 orang.

Selebihnya merupakan atlet luar negara dari 14 negara, antaranya Korea Selatan, Denmark, Australia, Nepal, Zambia, India, Perancis dan New Macedonia.

“Penyertaan atlet kebangsaan yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA di Hanoi, iaitu Muhammad Arif Kana dan Mohamed Syahzwan Mohamed Sani bakal mencuri tumpuan pada kejohanan itu.

“Turut bertanding ialah atlet kebangsaan yang memenangi perak dan gangsa pada Kejohanan Dunia 2022 di Denmark, Nur Ain Syuhada Mohd. Asri dan Nur Thahira Tasnim Abdul Aziz.

“Kita sasarkan seramai 900 peserta menyertai Kejohanan Antarabangsa Johor Petanque 2022, sekali gus memahat nama Johor dalam Malaysia Book of Record,” katanya dalam sidang media di Hotel Pinetree, Puteri Harbour di sini hari ini.

Turun hadir Presiden Boules Johor, Ramli Abd. Rahman; Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), Nor Syazlan Abd Razak dan Pengarah Urusan Pinetree Hotel, Johnny Lau.

ON Jabbar@Jaafar melakukan balingan simbolik dalam sidang akhbar Kejohanan Antarabangsa Johor Petanque 2022 di Hotel Pinetree, Iskandar Puteri hari ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

On Jabbar memberitahu, kejohanan itu juga akan diserikan dengan penyertaan juara dunia regu campuran dari Thailand, iaitu Nantawan Fueangsanit dan Sarawut Sriboonpeng yang akan berpasangan dengan regu masing-masing bagi kategori berkumpulan terbuka lelaki dan wanita.

“Sasaran utama bagi kejohanan ini adalah menarik penyertaan pasukan-pasukan negeri yang sedang membuat persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) XX 2022 serta pengiat sukan petanque dari dalam dan luar negara.

“Kejohanan ini juga boleh dijadikan medan pendedahan kepada penggiat sukan petanque di Malaysia untuk memperoleh pengalaman bermain bersama-sama pasukan luar negara,” katanya.

Kejohanan Antarabangsa Johor Petanque 2022 itu akan dimasukkan ke dalam kalendar Persekutuan Petanque Antarabangsa (FIPJP) sebagai kejohanan tahunan.

Kejohanan berkenaan yang diadakan di Arena Petanque MBJB, Taman Tampoi Utama dan Arena Petanque Impian Emas, Taman Impian Emas, Johor Bahru menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM28,000.

Pendaftaran bagi menyertai kejohanan tersebut masih dibuka hingga pukul 12 tengah hari, 23 Ogos ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.