ICFL tubuhkan akademi bola sepak remaja

ICFL tubuhkan akademi bola sepak remaja

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Akademi ICFL yang wakili oleh Datuk Kamil Mokhtar (kiri) dan Tigre Sporting Empire yang diwakili oleh Pengarah Urusannya Norikhzan Ahmad Yahaya (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inter Club Football League (ICFL) menandatangi memorandum persefahaman (MoU) dengan Tigre Sporting Empire untuk menubuhkan akademi pembangunan akar umbi bola sepak remaja.

Kerjasama strategik itu bagi membolehkan pihak ICFL menggunakan segala kemudahan fasiliti di Tigre Arena untuk program akademi ICFL bagi pemain bola sepak remaha yang berumur 10 hingga 16 tahun.

Presiden ICFL, Datuk Kamil Mokhtar berkata, akademi ICFL menampilkan kelainan dengan peserta akan menerima latihan menyeluruh untuk menjadi pemain bintang dengan bimbingan dan tunjuk ajar jurulatih berpengalaman.

“Apa yang lebih menarik, akademi ICFL ini juga telah mencapai persetujuan untuk menjalinkan kerjasama dengan kelab Liga Perdana Inggeris terkemuka untuk membolehkan peserta terpilih menjalani latihan di kelab berkenaan.

“Akademi ICFL dijangka akan menerima 60 hingga 70 penyertaan setiap fasa dan sehingga kini, pendaftaran masih dibuka kepada mana-mana peserta dari seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Kamil dan Pengarah Urusan Tigre Sporting Empire, Norikhzan Ahmad Yahaya bagi membolehkan akademi ICFL itu berpusat di Tigre Arena di Sungai Buloh.

“Antara kelainan akademi ICFL ialah, pemain akan diberikan latihan yang berkelas antarabangsa dengan bimbingan jurulatih-jurulatih yang berkemahiran tinggi dan mempunyai kelulusan yang diiktiraf oleh badan induk bola sepak negara.

“Akademi ICFL juga memberi peluang kepada setiap pelatih Akademi dalam minit permainan apabila menentang pasukan dari luar negara yang akn diaturkan kelak,” katanya.

Pasukan AMD B-16 menjuarai kejohanan empat penjuru yang dianjurkan ICFL.

Dalam pada itu katanya, sempena pelancaran akademi ICFL dan Liga Super ICFL pada September ini, pihaknya juga telah menganjurkan kejohanan empat penjuru melibatkan pasukan ICFL, Akademi Moktar Dahari (AMD), Persip Persenggaran (Indonesia) dan APD United (Thailand).

“Pasukan AMD muncul juara kejohanan ini selepas menewaskan Persip Persenggaran 2-0 di pentas final. Kejohanan seumpama ini akan dianjurkan lebih kerap bagi memberi pengalaman kepada pemain merasa bermain di pentas tertinggi,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya