Gol lewat minit Goulon pastikan Jang menang di Paroi

Gol lewat minit Goulon pastikan Jang menang di Paroi

MOHAMAD Zamri Pin Ramli (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika membantu Negeri Sembilan menewaskan Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Super apabila menewaskan Penang FC  3-2, sebentar tadi.

Dalam aksi dramatik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu, tuan rumah lebih banyak menguasai perlawanan, namun terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat.

Jaringan Harimau Kumbang terhasil pada minit ke-26 selepas tandukan ketua pasukan, Lucas Espindola Da Silva menewaskan penjaga gol tuan rumah, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Tersentak dengan gol berkenaan, Negeri Sembilan terus melancarkan serangan dan hasilnya mereka menemui jaringan penyamaan pada minit ke-34.

Rembatan deras pertahanan kiri, Mohamad Zamri Pin Ramli yang mendapat bola hasil lorongan Saiful Ridzuwan Selamat dari tengah padang memberi keceriaan kepada penyokong di Paroi.

.

MATHEUS Alves Leandro (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Memasuki separuh masa kedua, giliran tuan rumah mendahului menerusi ledakan penyerang import, Matheus Alves Leandro pada minit ke-58 yang menewaskan penjaga gol Penang, Shafiq Afifi Suhaimi.

Mengambil kesempatan daripada kelalaian pertahanan Negeri Sembilan, pelawat menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-80 hasil hasil sentuhan T. Saravanan.

Herold Mark Goulon muncul wira skuad Jang apabila menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-84 hasil rembatan dari dalam kotak penalti Penang.

Selepas mengharungi 15 perlawanan, Negeri Sembilan kekal di tangga ketiga liga dengan mengumpul 29 mata hasil lapan kali kemenangan dan lima kali seri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya