Giliran Brentford malukan Manchester United

Giliran Brentford malukan Manchester United

CRISTIANO Ronaldo jelas kecewa selepas Manchester United dibolosi oleh Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris di London malam ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United dimalukan 4-0 oleh Brentford biarpun Cristiano Ronaldo diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Empat gol yang dihasilkan dalam tempoh 25 minit menerusi Josh Dasilva, Mathias Jensen, Ben Mee dan Bryan Mbuemo memberi kekalahan kedua berturut-turut buat Red Devils dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Kekalahan itu hadir seminggu selepas anak-anak buah Erik ten Hag dimalukan 1-2 oleh Brighton dalam perlawanan pembukaan musim baharu di Old Trafford.

Kesilapan David de Gea membawa kepada gol pertama Brentford seawal minit ke-10 selepas penjaga gol Sepanyol itu gagal menangkap kemas tendangan Dasilva.

Lapan minit kemudian,  pemain United, Christian Eriksen gagal mengawal Jensen yang mudah menewaskan De Gea.

Keadaan United makin parah apabila Mee meledak gol ketiga tuan rumah pada minit ke-30 sebelum Mbuemo melengkapkan gol keempat lima minit berselang, yang berpunca dari serangan balas.

United kini akan berdepan perlawanan lebih getir pada 23 Ogos nanti apabila menerima kunjungan musuh tradisi, Liverpool.

Selepas menamatkan musim lalu dengan prestasi buruk, Red Devils memulakan musim baharu dengan langkah sumbang.

Biarpun sudah bertukar pengurus, namun tidak banyak yang berubah buat pasukan itu dengan benteng pertahanan yang diketuai Harry Maguire masih goyah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya