Gavin Green mendahului dengan tiga pukulan di Czech Masters

Gavin Green mendahului dengan tiga pukulan di D+D Czech Masters

gavin green
GAVIN GREEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gavin Green akan memulakan hari ketiga D+D Real Czezh Masters hari ini dengan tiga pukulan mendahului pemain-pemain lain.

Pemain nombor satu Malaysia itu mencatatkan sembilan di bawah par 63 pada hari kedua untuk berada di depan pada kejohanan dalam Jelajah Dunia DP (Jelajah Eropah) di Pusat Peranginan Golf Albatross.

Mencari kemenangan pertama Jelajah Dunia DP (Jelajah Eropah), Green kini berada 14 bawah par mengatasi juara dua kali Thomas Pieters dari Belgium, Marcel Schneider dari Jerman dan pemain Englans, Richard Mansell yang berkongsi di tempat kedua dengan 11 bawah par.

Gavin bermula dengan eagle pada lubang ke-10, diikuti dengan birdie pada lubang 11, 12 dan 14. Beliau mencatatkan eagle kedua di lubang pertama diikuti birdies pada dua lubang terakhirnya untuk mengetuai leaderboard dengan tiga pukulan.

Malangnya, catatkan 63 Gavin itu tidak dikira sebagai rekod lapangan kerana menggunakan peraturan preferred lies.

“Saya berjumpa jurulatih selepas salah satu kejohanan Jelajah PGA, iaitu Barbasol atau Barracuda, dan kami melakukan sedikit perubahan dan itu sedikit sebanyak membantu saya dan membuatkan saya lebih konsisten,” kata Green, yang mendahului di Singapore International Series minggu lalu dalam Jelajah Asia dengan kelebihan tiga pukulan pada hari terakhir tetapi menamatkan kejohanan di tempat kedua.

“Ia masih dalam proses, ia proses langkah demi langkah dan saya cuba melakukan pukulan yang baik dan jika ia berlaku ia akan berlaku dan diharapkan pukulan buruk jika ada tidaklah teruk,” tambahnya.

Disebabkan gangguan cuaca kejohanan ini hanya akan berlangsung hanya 54 lubang. Pusingan ketiga akan bermula hari ini (Ahad) pukul 8.30 pagi waktu tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya