Episod duka Piala FA tidak berulang

Episod duka Piala FA tidak berulang

DOLLAH Salleh mahu pemainnya melupakan kekalahan kepada Penang FC dalam aksi Piala FA apabila bertemu pasukan itu pada saingan Liga Super malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sri Pahang akan memastikan episod duka tewas 2-5 kepada Penang FC dalam aksi Piala FA, 23 Julai lalu tidak berulang apabila berdepan ­pasukan itu dalam aksi Liga Super ma­lam ini.

Biarpun bermain di gelanggang lawan di Stadium Bandaraya, Tok Gajah akan memastikan mereka bukan lagi pasukan belasahan yang mudah memberikan mata kepada anak-anak buah Datuk Zainal Abidin Hassan.

Pengendali Sri Pahang, Datuk Dollah Salleh kini lebih yakin untuk menebus kekecewaan dengan rekod tidak pernah tewas selepas bergandingan de­ngan pengarah teknikal, Fandi Ahmad membentuk skuad Tok Gajah kini berada di tangga lima liga.

“Banyak tumpuan harus diberikan kepada Penang walaupun mereka berada di kedudukan terbawah Liga Super, itu bukan cerminan yang mereka terlalu lemah.

“Ditambah bermain di tempat sendiri, saya percaya Penang akan berjuang habis-habisan untuk menang,” kata Dollah di sini semalam.

KEKALAHAN kepada Penang FC pada suku akhir Piala FA, 23 Julai lalu masih membayangi Sri Pahang.

Dollah dalam pada itu tidak menafikan anak buahnya agak keletihan selepas empat perlawanan berturut-turut termasuk seri 2-2 ketika bertemu Melaka United.

Beliau berharap beberapa pemain import dapat meningkatkan lagi kualiti permainan berbanding ketika dia mula me­ngambil alih pasukan sejak bulan lalu seperti penyerang, Steven Rodriguez dan penjaga hol, Mamadou Samassa.

“Namun, sejak saya datang ke sini, mereka menampakkan perbezaan permainan dan nampak selesa, mungkin kerana saya beri kebebasan pada mereka untuk bermain.

“Begitu juga Sherzod Fayziev, saya tertanya-tanya sama ada dia mampu mengendalikan pertahanan Pahang namun dia juga semakin meningkat.

“Tidak dilupakan Kevin ­Ingreso, dia berjaya tampil de­ngan corak permainan yang diharapkan malah bergandingan baik dengan Nor Azam Azih di bahagian tengah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya