Bidoglio mampu bawa JDT ke final Piala FA

Bidoglio mampu bawa JDT ke final Piala FA

HECTOR Bidoglio memburu kemenangan kedua bersama JDT apabila menerima kunjungan Penang FC pada separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri percaya, ketua jurulatih baharu, Hector Bidoglio mampu meneruskan kegemilangan JDT dan membantu pasukan memenangi kejuaraan musim ini.

Idea baharu yang dibawa pengendali berusia 54 tahun itu akan diterjemahkan pasukan untuk menewaskan Penang FC pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

“Kita sudah buktikan perubahan ketua jurulatih menyuntik idea baharu ketika menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) sebelum ini. Kita juga dapat lihat pemain gembira dengan kehadirannya.

“Sudah tentu kita bersedia untuk menentang Penang FC esok dan berharap dapat mengekalkan prestasi seperti dipamerkan dalam perlawanan pertama ketua jurulatih itu,” katanya.

Harimau Selatan membelasah KL City 5-0 dalam aksi Liga Super, Isnin lalu iaitu perlawanan pertama mereka di bawah bimbingan Bidoglio yang masuk menggantikan Benjamin Mora.

Sementara itu kata Forestieri, walaupun Penang FC menghuni tangga tercorot liga, namun mereka mampu menghadirkan kejutan seperti mana yang dilakukan pada suku akhir.

Skuad Harimau Kumbang bangkit daripada ketinggalan 0-2 ketika menyingkirkan juara tiga kali, Sri Pahang 5-2 di Kuantan.

“Apabila sudah berada di tahap ini, semua pasukan akan beraksi bermati-matian dan Penang FC juga tidak terkecuali, jadi, kita tidak boleh terlalu yakin mencatatkan kemenangan mudah.

“Beraksi di laman sendiri juga bukanlah tiket untuk kita memandang rendah keupayaan lawan. Justeru, kita perlu berhati-hati dan percaya akan kemampuan diri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya