Barca sanggup bayar RM362j untuk Alexander-Arnold

Barca sanggup bayar RM362j untuk Alexander-Arnold

Trent Alexander-Arnold turut meledak gol buat Liverpool.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Barcelona mahukan bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold malah sanggup membayar 67 juta pound (RM362 juta) untuk pemain antarabangsa England itu.

Menurut laporan Futbol ­Total, gergasi La Liga itu mahu menjadikan pemain berusia 23 tahun tersebut sebagai pembe­lian terbesar pada perpindahan musim panas 2023. Alexander-Arnold yang memiliki kontrak sehingga 2025 dianggap aset Reds, malah calon kapten masa depan mereka.

TRENT Alexander-Arnold

Lahir daripada akademik Li­verpool, Alexander-Arnold sudah memenangi semua kejua­raan bersama Reds, Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab, Piala FA dan Piala Liga.

Biarpun Liverpool mempunyai sejarah menjual pemain kepada Barcelona, namun ­Alexander-Arnold tidak berminat berhijrah ke Sepanyol berbanding bintang Reds terdahulu seperti Javier Mascherano, Luis Suarez dan Philippe Coutinho.

Malam ini, Alexander-Arnold dijangka memainkan peranan penting apabila Liverpool membuka kempen liga menentang Fulham di Craven Cottage.

IBRAHIMA KONATE

Reds bagaimanapun membuka kempen dengan keresahan apabila kehilangan dua tonggak, Ibrahima Konate dan Curtis Jones.

Bek tengah Perancis, Konate mengalami kecederaan kaki pada sesi latihan dan posisi itu hampir pasti diisi Joel Matip bersama Virgil van Dijk.

Jones pula berdepan masalah betis, sekali gus menambah se­narai kecederaan pemain yang dialami Reds bersama Diogo Jota, Caoimhin Kelleher, ­Konstantinos Tsimikas dan Ales Oxlade-Chamberlain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya