Aaron-Wooi Yik buru sejarah di Tokyo

Aaron-Wooi Yik buru sejarah di Tokyo

AARON Chia dan Soh Wooi Yik meraikan kejayaan menumpaskan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Dunia di Tokyo semalam. - BWF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya menamatkan ‘sumpahan’ separuh akhir apabila melakar sejarah mara ke final Kejohanan Badminton Dunia buat kali pertama selepas menyingkirkan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty semalam.

Selepas digelar ‘raja separuh akhir’ gara-gara sering terkandas di peringkat empat terbaik dalam tujuh kejohanan yang tahun ini, pasangan No. 6 dunia itu menjerit kepuasaan sejurus menumpaskan Rankireddy-Shetty 20-22, 21-18, 21-16 dalam pertarungan yang berlanjutan sehingga 77 minit.

Selepas gagal dalam tiga penampilan terakhir, Aaron-Wooi Yik kini berpeluang memahat sejarah menjadi wakil Malaysia pertama merangkul kejuaraan dunia dalam badminton (semua acara), namun laluan mereka tidak mudah.

Juara dunia tiga, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia mampu menjadi penghalang hari ini.

AARON dan Wooi Yik menewaskan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dalam perebutan pingat gangsa Sukan Olimpik di Tokyo tahun lalu. 

Ahsan-Hendra yang me­rangkul kejuaraan dunia 2019, 2015 dan 2013 mara selepas mengetepikan rakan senegara, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 23-21, 12-21, 21-16.

“Sudah tentu kami sangat gembira dengan kejayaan yang dilakar hari ini, namun misi belum selesai, ada satu lagi langkah perlu diharungi.

“Kami agak gemuruh me­nuju ke penghujung permainan, namun berjaya fokus.

“Kami tidak mahu berfikir terlalu jauh tentang mencipta sejarah atau sebagainya. Fokus hanya kepada misi yang mahu diselesaikan esok,” kata Aaron.

Sementara itu, Wooi Yik me­ngakui, selepas apa yang dilalui tahun ini, mereka agak gugup memasuki separuh akhir dan berjaya memenangi set kedua meningkatkan keyakinan.

“Dari permulaan kejohanan, fokus utama kami adalah kepada diri sendiri, bukan lawan. Tidak kira betapa bagusnya lawan kami, kami harus fokus ­kepada diri sendiri dan permainan kami,” kata Wooi Yik.

Melihat kepada rekod pertemuan menentang Ahsan-Hendra, Aaron-Woon Yik kalah dalam tujuh daripada 10 pertemuan dengan pasangan No. 3 dunia itu, namun mereka memenangi dua perlawanan terakhir, termasuk pada penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik di Tokyo, tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN