Thailand 'libas' Malaysia dalam Piala Raja Thai

Thailand ‘libas’ Malaysia dalam Piala Raja Thai

MALAYSIA terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 kepada Thailand dalam saingan regu Piala Raja Thai baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Thailand terus menjadi tembok yang sukar ditumbangkan buat Malaysia apabila menyingkirkan pasukan negara 2-0 pada separuh akhir antara regu lelaki pada Kejohanan Dunia Sepaktakraw Piala Raja Thai ke-35 Fashion Island Sports World, Bangkok hari ini.

Pasukan negara memberi tentangan sengit di set pertama apabila kombinasi tekong berpengalaman, Zulkifli Abdul Razak, Muhammad Afifuddin Razali dan Amirul Zazwan Amir bangkit daripada ketinggalan 1-9 untuk merapatkan jurang 16-17.

Bagaimanapun, Thailand yang menerima sokongan padu penyokong tidak memberi peluang kepada pasukan negara untuk terus melakukan kebangkitan apabila menang 21-18.

Set kedua bagaikan ‘berat sebelah’ apabila tuan rumah terlalu unggul menumpaskan Malaysia 21-10.

“Walaupun pasukan negara bertarung sengit, pasukan tuan rumah terus mendominasi dan mudah melakar untuk mara ke final,” kata ketua jurulatih skuad kebangsaan, Mohd. Rashidi Nordin yang dipetik kepada Bernama. 

Katanya, kekalahan mengejut kepaa Korea Selatan di peringkat kumpulan menyebabkan Malaysia menempah laluan sukar untuk mencari tiket final apabila menamatkan kempen selaku naib juara Kumpulan B dan terpaksa berdepan Thailand selaku juara Kumpulan A.

Thailand akan bersaing dengan Korea Selatan pada perlawanan akhir untuk menentukan juara esok.

Dalam pada itu, skuad negara akan memulakan cabaran dalam saingan berpasukan lelaki pada Khamis menentang Indonesia, diikuti Brunei (Jumaat) dan Korea Selatan pada Sabtu.

“Kami mempunyai kelebihan dalam  berpasukan lelaki. Kami perlu menyusun strategi untuk mencatat kemenangan,” kata Rashidi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya