Sobey mahu pulihkan maruah Malaysia

Sobey mahu pulihkan maruah Malaysia

SOBEY sedia mengisi kekosongan yang ditinggalkan Syahir Rosdi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tekong handalan negara, Zulkifli Abdul Razak yang mesra disapa Sobey sedia mengisi kekosongan ditinggalkan rakan sepasukan, Syahir Rosdi yang terpaksa digugurkan pada saat akhir menjelang sepak takraw Piala Raja Thai yang akan membuka tirai esok.

Syahir sepatutnya dile­takkan sebagai tekong utama bergandingan dengan Azlan Alias dan Amirul Zazwan, namun me­ngadu alami kecede­raan pinggang dan hamstring sekembalinya daripada me­nyertai Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur minggu lalu.

Zulkifli yang sudah terlepas dua Sukan SEA iaitu di Filipina 2019 dan Vietnam pada Mei lalu tekad mahu membenam seteru utama, Thailand bagi memulihkan maruah kem negara yang kian tercalar.

ZULKIFLI ABDUL RAZAK

Ini kerana untuk kedua-dua edisi itu, Malaysia bukan sahaja gagal untuk tundukkan Thailand, malahan berputih mata untuk bawa pulang sebarang pingat emas.
Tuan rumah, Thailand pula akan menurunkan barisan sama digunakan ketika Sukan SEA lalu yang diketuai perejam berbisa, Pornchai Kaokaew.

“Agak lama saya tidak keluar bertanding di kejohanan antarabangsa, jadi pastinya saya nak pamer aksi terbaik di samping melihat kudrat pemain negara sedia ada.

“Saya memang ada misi tersendiri, iaitu melihat kekuatan servis saya, jika tidak bagus, saya akan balik dan berlatih untuk pertajamkan sevis saya lagi,” jelas Zulkifli kepada Mingguan Malaysia.

SYAHIR Rosdi menarik diri akibat kecederaan.

Anak jati Terengganu ini juga menjelaskan barisan pemain sedia ada tidak terkesan dengan konflik dalaman membabitkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dengan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (Mastaf) yang hampir meranapkan impian mereka untuk beraksi di kejohanan ini.

“Kami sebagai pemain tak ambil peduli pun apa yang berlaku di peringkat atasan, yang kami tahu hanya mahu beraksi dan berjuang,” ulas Zulkifli ringkas.  

Zulkifli juga dedahkan keadaan dirinya semakin pulih setelah sebelum ini dia terpaksa berehat panjang susulan dijangkiti demam denggi.

“Keadaan badan saya semakin pulih, sebelum ini memang lemah selepas doktor sahkan saya mengidap denggi kerana pada mulanya saya menyangka saya hanya demam biasa, tetapi kini saya dah semakin okay terutamanya selepas menjalani beberapa sesi latihan sejak sehari dua ini,” tambah Zulkifli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya