Selepas jinakkan Kenari, Penyu mahu tumbangkan Sang Badak

Selepas jinakkan Kenari, Penyu mahu tumbangkan Sang Badak

PASUKAN Terengganu tiba di Kota Kinabalu semalam dalam persiapan menghadapi Sabah pada aksi Liga Super esok. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) turun ke Stadium Likas malam esok, dengan hasrat meneruskan rentak kemenangan biarpun bakal berdepan cabaran getir di depan penyokong tegar, Sang Badak.

Menurut ketua jurulatihnya, Mohd. Nafuzi Zain, aksi bertemu Sabah memerlukan persiapan rapi daripada aspek mental pemain TFC memandangkan pasukan lawan kini berada pada prestasi terbaik dalam saingan Liga Super.

Begitupun pengendali itu menegaskan, misi tiga mata bukan misi mustahil selagi anak-anak buahnya beraksi seperti dirancang dan mematikan pergerakan pemain lawan.

Terengganu masih segar dengan kejayaan menumpaskan Kedah 2-1 dalam aksi terakhir liga, Jumaat lalu.

 

“Tahun ini adalah tahun kebangkitan Sabah dan itu menjadikan semangat penyokong mereka agak luar biasa. Jadi perlawananan malam esok pasti sukar buat TFC.

“Bagaimanapun seperti kebiasaan saya lebih selesa untuk mempersiapkan pasukan TFC berbanding memikirkan tentang kualiti pihak lawan.

“Walaupun sukar, saya yakin dengan pemain Sang Penyu untuk meraih kemenangan. Apa yang penting kami tidak boleh leka selagi wisel penamat belum berbunyi,” katanya.

Sementara itu Nafuzi menjelaskan beberapa pemain terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan antaranya Kipre Tchetche dan Rahadiazli Rahalim.

TFC kini di tangga keempat dengan 16 mata dan hanya kemenangan dapat mengurangkan kelebihan enam mata dimiliki skuad bimbingan, Datuk Ong Kim Swee itu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya