Selangor MAC hampakan Pahang Rangers

Selangor MAC hampakan Pahang Rangers

Pemain Selangor MAC Khairul Affendy Bahrin cuba melepasi halangan pemain Pahang Rangers dalam aksi final sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor MAC mengukuhkan reputasi mereka sebagai kuasa besar futsal tempatan apabila menumpaskan Pahang Rangers 4-3 sebentar tadi untuk dinobatkan juara edisi sulung Piala Futsal Malaysia.

Perlawanan berlangsung dengan seimbang apabila kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan namun aksi bertukar menjadi panas pada minit ke-21 apabila pemain Pahang Rangers, Abu Haniffa Hassan berlaga dengan pemain Selangor MAC, Ekmal Sharin.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila pemain kedua-dua pasukan, termasuk di bangku simpanan campur tangan dalam situasi itu.

Pengadil perlawanan tiada pilihan apabila terpaksa melayangkan kad merah kepada Ekmal serta Saiful Nizam Mohd Ali dari Pahang Rangers.

Rizuan Bakri meredakan tekanan seminit sebelum babak pertama melabuhkan tirai apabila tenang menyempurnakan hantaran kapten pasukan, Akmadrulnizam Idris untuk meletakkan Pahang Rangers 1-0 depan.

Begitupun Selangor MAC tidak perlu menunggu lama di babak kedua apabila bekas pemain Pahang Rangers, Khairul Affendy Bahrin hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk merembat bola ke gawang lawan bagi menyamakan kedudukan 1-1.

Sejurus selepas itu, Khairul Affendy memainkan peranan apabila lorongannya disudahkan Firdaus Anmbiah pada minit ke-30 untuk kedudukan bertukar menjadi 2-1.

Selang hanya beberapa saat selepas itu, Khairul Affendy sekali lagi menjadi duri dalam daging buat lawan apabila menyempurnakan peluang menerusi sepakan percuma untuk melebarkan kedudukan 3-1.

Jurulatih Pahang Rangers, Gerard Casas mengambil risiko untuk melaksanakan taktikal ‘power play’ dengan mengeluarkan penjaga gol, Victor Espindola namun taktikal tersebut memakan diri apabila Firdaus Ambiah melakukan satu voli untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Pahang Rangers cuba bangkit dengan meledak dua gol pada lewat permainan, masing masing menerusi Farhan Khairul Anwar dan Akmarulnizam Idris, namun ia sudah terlewat untuk menghalang Selangor MAC meraih kejayaan berganda selepas berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL), Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya