Salah kekal lebih lama bersama liverpool

Salah kekal lebih lama bersama Liverpool

MOHAMED Salah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mohamed Salah melegakan penyokong Liverpool apabila menandatangani sambungan kontrak jangka panjang bersama Reds, umum gergasi Liga Perdana Inggeris itu sebentar tadi.

Biarpun tidak menyatakan secara terperinci mengenai kontrak, namun Sky Sports melaporkan bintang Mesir itu menandatangani perjanjian hingga 2025.

Salah dikatakan menjadi penerima gaji tertinggi dalam sejarah kelab dengan menikmati bayaran hampir 400,000 pound (RM2.14 juta) seminggu.

“Saya rasa hebat dan teruja untuk terus memenangi trofi bersama kelab. Ia hari yang gembira untuk semua orang.

“Ia mengambil sedikit masa (membuat keputusan) tetapi ketika ini ia sudah dilakukan, jadi kami hanya perlu fokus untuk apa yang berlaku seterusnya.

“Saya rasa anda boleh lihat dalam lima atau enam tahun terakhir, pasukan ini sentiasa ke hadapan.

“Musim lalu kami hampir menang empat trofi, malangnya pada minggu terakhir kami tewas dua trofi,” kata penyerang berusia 30 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya