Salah ambil jersi No. 10 milik Mane?

Salah ambil jersi No. 10 milik Mane?

SADIO Mane (kiri) menang anugerah Pemain Terbaik Afrika untuk menewaskan Mohamed Salah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas pemergian Sadio Mane ke Bayern Munich, jersi No. 10 tidak mempunyai ‘tuan’, malah penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez tidak berminat memakai nombor berkenaan.

Dalam aksi pramusim di ­Si­ngapura kelmarin, Reds mengeluarkan senarai rasmi pemain yang akan menentang Crystal Palace, dan Salah didaftarkan dengan No. 10.

Biarpun bintang Mesir itu kekal menggunakan jersi lamanya, No. 11 dalam perlawanan tersebut, namun desas-desus mengatakan dia mungkin bertukar kepada No. 10 apabila musim baharu bermula.

Berita itu mengujakan penyokong Reds, apatah lagi Salah memakai nombor berkenaan bersama skuad kebangsaan negaranya.

MOHAMED Salah (kanan) tetap memakai jersi No. 11 ketika menentang Crystal Palace di Singapura kelmarin.

Dia juga dianggap legenda Liverpool, dan memakai No. 10 meletakkannya sebaris ­dengan bintang dunia seperti Pele, ­Diogo Maradona serta ­Lionel Messi.

Begitupun, nombor apa yang akan dipakai oleh pemain berusia 30 tahun itu belum diputuskan kerana sepanjang lima tahun menggunakan jersi No. 11, ia jelas membawa tuah buat Salah.

Dia beberapa kali muncul penjaring terbanyak dan pemain terbaik Liga Perdana Inggeris ketika menjadi pemain No. 11.

Sebelum Mane memakai jersi 10, nombor tersebut digunakan oleh Philippe Coutinho, Michael Owen dan John Barnes.

DIEGO Maradona antara legenda yang pernah menggunakan jersi No. 10.

Sementara itu, Reds tidak menunggu lama untuk bangkit daripada kekalahan 0-4 kepada Manchester United dalam aksi pramusim di Bangkok, Selasa lalu apabila menewaskan Crystal Palace 2-0 di Singapura ­kelmarin.

Jaringan ketua pasukan, Jordan Henderson dan Salah pada setiap babak cukup untuk menghadiahkan kemenangan buat anak-anak buah Jurgen Klopp.

Begitupun, seperti mana ketika menentang United, Klopp menjadikan perlawanan itu sebagai platform menguji pasukan dengan menggunakan 32 pemain untuk berdepan The Eagles. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya