Polis ikat Kelantan United di Kota Bharu

Polis ikat Kelantan United di Kota Bharu

PEMAIN Kelantan United (merah) ketika menentang PDRM FC dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. - IHSAN KELANTAN UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kepulangan semula Kelantan United ke Stadium Sultan Muhammad IV selepas setengah tahun ‘merantau’ gagal membawa tuah apabila skuad Kijang Hijau diikat 1-1 oleh PDRM FC dalam aksi Liga Perdana hari ini.

Aksi babak pertama memperlihatkan penguasaan penuh PDRM bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail menerusi serangan bertali arus sehingga membuahkan beberapa peluang keemasan untuk membolosi gawang tuan rumah.

Pelawat memiliki empat peluang untuk menamatkan kebuntuan pada minit kesembilan, 11, 13 dan 19, namun gagal disudahkan oleh penyerang Sang Saka Biru, Milos Lacny.

AKSI pemain Kelantan United (merah) ketika menentang PDRM FC dalam saingan Liga Perdana hari ini. – IHSAN KELANTAN UNITED

Kelantan United terus kental bertahan dan menyerap setiap serangan dilncarkan pihak lawan dan perlawanan terikat tanpa jaringan di sepanjang separuh masa pertama.

Kelantan United bangkit pada babak kedua dengan jaringan pembukaan pada minit ke-59 menerusi tandukan kencang Mohamad Amirul Shafik Che Soh yang tenang menyudahkan umpanan hasil sepakan penjuru Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Tersentak dengan jaringan itu PDRM meningkatkan serangan dan berjaya mencetak jaringan penyamaan pada minit ke-86 menerusi pemain gantian, Mohamad Nabil Ahmad Latpi.

Kedua-dua pasukan seterus berterusan mengatur serangan bagi menambah jaringan namun kedua-dua kem kental bertahan dan perlawanan berakhir seri 1-1. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya