Piala AFF bantu Aysar bina nama

Piala AFF bantu Aysar bina nama

SELAIN membantu Malaysia muncul juara, Ahmad Aysar Hadi Mohd. Shapri (kanan) turut dinobat  sebagai Pemain Terbaik Kejohanan AFF 2022 di Indonesia. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Ahmad Aysar Hadi Mohd. Shapri percaya, anugerah Pemain Terbaik Kejohanan AFF 2022 yang diraihnya kelmarin adalah permulaan untuk membina nama dalam kancah bola sepak.

Tidak pernah terlintas untuk meraih gelaran tersebut, pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu menganggap kejayaan diraih hasil usaha berpasukan.

“Saya tidak jangka mendapat pemain terbaik, tetapi anugerah Tuhan… rezeki saya untuk menjadi pemain terbaik.

“Semestinya kejayaan yang saya peroleh kali ini memberi semangat untuk membina nama di pentas bola sepak di Malaysia dan seluruh Asia.

“Saya akan tetap bekerja kerana membina nama bermain demi pasukan saya Johor Darul Ta’zim dan negara. Jadi ia akan menjadi titik permulaan untuk kehidupan karier saya sebagai pemain bola sepak,” ujar­nya.

Dalam final di Stadium Patriot Candrabhaga, Indonesia kelmarin, Malaysia merangkul kejuaraan kedua dengan menumpaskan Laos 2-0.

Tidak diturunkan pada separuh akhir ekoran penggantu­ngan, Aysar turut mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim).

“Alhamdulillah kami telah mencipta sejarah memenangi AFF 2022. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih Tunku Mahkota Johor ke­rana melepaskan kami pemain dari JDT, semua kelab di Malaysia. Saya ‘highlight’ Tunku Mahkota Johor kerana saya dari JDT,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya