Pergi dengan niat jadi juara - Hamidin

Pergi dengan niat jadi juara – Hamidin

BARISAN pasukan Malaysia yang akan berjuang dalam Kejohanan AFF B-16 di Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun hanya diberi sasaran final, namun Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mahu skuad bawah 16 tahun (B-16) Malaysia beraksi di Yogyakarta, Indonesia dengan niat membawa pulang kejuaraan pada Kejohanan AFF B-16 yang bermula minggu depan.

Kata Hamidin, Malaysia memiliki kelompok pemain bawah 16 yang bagus, diadun bersama pengalaman barisan kejurulatihannya.

“Saya rasa pasukan ini boleh pergi jauh. Dengan pengalaman dimiliki barisan kejurulatihan dan juga pemain terbaik yang kita ada, kita boleh melepasi peringkat separuh akhir dan seterusnya ke final.

“Jika berjaya muncul juara, ia sesuatu yang bagus kerana ini antara pasukan masa depan kita. Kalau kita nak pergi ke peringkat ke lebih tinggi, kita perlu meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman.

HAMIDIN Mohd. Amin mengadakan pertemuan dengan skuad Malaysia B-16 di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin menjelang Kejohanan AFF B-16 yang bermula minggu depan. – IHSAN FAM

“Sudah tentu, komitmen tinggi setiap pemain dan pegawai dalam dan luar padang akan menghasilkan kejayaan kepada pasukan.

“Tekanan pasti ada tetapi saya yakin, pasukan ini memiliki kualiti. Saya doakan pasukan ini berjaya,” katanya ketika bertemu barisan pemain dan pegawai pasukan B-16 kebangsaan kendalian Osmera Omaro di Wisma FAM kelmarin.

Skuad Harimau Malaya B-16 memulakan latihan pusat sejak Isnin lalu sebagai persiapan menghadapi Kejohanan AFF B-16 yang berlangsung dari 31 Julai hingga 12 Ogos 2022.

Malaysia akan memulakan saingan Kumpulan C bertemu Kemboja pada 2 Ogos, diikuti aksi berikutnya berdepan Myanmar pada 5 Ogos dan Australia pada 8 Ogos 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya