Penyudah tumpul punca Kedah kalah

Penyudah tumpul punca Kedah kalah

KPAH Sherman (tengah) meledak gol pembukaan Terengganu ketika menentang Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Ketumpulan penyudah antara faktor kekalahan 1-2 Kedah Darul Aman (KDA) kepada Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super di tempat lawan, malam semalam.

Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak bagaimanapun enggan menyalahkan Sang Kenari meskipun membuat permulaan buruk pada babak pertama serta mengulangi kesilapan mudah ketika bertahan.

Jurulatih kelahiran Singapura itu berkata, Kedah mempamer rentak lebih tersusun selepas rehat dan keputusan mungkin memihak pasukannya  jika mereka memanfaatkan peluang terhidang.

“Kami tidak beraksi baik pada awal permainan dan melepaskan gol yang sama seperti minggu lalu. Pemain-pemain juga tidak mengawal pergerakan (Kpah) Sherman di dalam kotak penalti.

“Pada babak kedua, KDA jauh lebih bagus berbanding TFC dengan penguasaan bola dan peluang yang dimiliki. Namun dalam bola sepak jika ianya disia-siakan, pasukan itu pasti tewas.

“Saya tidak akan meletakkan kesalahan di bahu pemain, sejujurnya lapan pemain kurang sihat dan bukan mudah beraksi di tempat lawan selepas pulang dari Bali, Indonesia,” katanya di sini malam semalam.

Pada pertemuan malam semalam, Kedah tumpas hasil jaringan Sherman pada minit ke-13 dan Manuel Ott (m-57) sebelum Azammuddin Akil menjaringkan gol saguhati pada masa kecederaan.

Menurut Aidil, KDA tiada pilihan selain bangkit dalam aksi berikutnya dengan menjadikan Sarawak United mangsa sambil kembali mengharapkan tuah di tempat sendiri.

“Suasana pasti berbeza beraksi di depan penyokong sendiri dan saya harap barisan pemain mengambil kesempatan untuk kembali ke landasan kemenangan,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya