Penyu mahu buang badi tempat lawan

Penyu mahu buang badi tempat lawan

PEMAIN Terengganu tiba di Seremban semalam menjelang persiapan menghadapi Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Paroi malam ini. – IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) perlu membaiki rekod buruk di tempat lawan jika berhasrat memburu kemenangan bertemu Negeri Sembilan di Paroi malam ini.

Ketua jurulatih Penyu, Mohd. Nafuzi Zain berkata, Terengganu tiada pilihan selain memenangi perlawanan itu walaupun sedar tugas sukar menentang pasukan tangga ketiga Liga Super.

Katanya, mereka tidak bernasib baik selepas hanya menang sekali daripada lima perlawanan di tempat lawan musim ini iaitu menewaskan Sarawak United, 2-0 pada 17 April lalu.

“Walaupun tewas kepada Petaling Jaya City, Johor Darul Ta’zim (JDT), Penang FC dan Sabah di tempat mereka, saya lihat prestasi pemain kami tetap baik.

“Ketumpulan penyudah serta faktor kesilapan mudah menyebabkan kami bolos dan keciciran mata.

“TFC tidak boleh terus kehilangan mata dan perlu memenangi perlawanan di tempat lawan untuk membaiki carta liga,” ujarnya semalam.

Sementara itu, pemain sayap, Nik Sharif Haseefy Lazim me­ngakui aura bermain di tempat lawan sedikit berlainan.

“Suasana berbeza di depan penyokong lawan bukan alasan TFC gagal membawa pulang tiga mata. Saya akan balas kepercayaan jurulatih jika diturun­kan, malam esok,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.