Penyokong cetus kekecohan selepas aksi Piala FA Selangor-KL City

Penyokong cetus kekecohan selepas aksi Piala FA Selangor-KL City

TINDAKAN pantas polis berjaya menghalang insiden lebih buruk berlaku. - IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suasana tegang dicetuskan penyokong Selangor dan Kuala Lumpur City (KL City) di luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejurus tamat perlawanan pusingan kedua Piala FA malam tadi.

Dalam video yang tular di media sosial, penyokong dilihat berteriak dan berkumpul di luar perkarangan stadium dan menggganggu kenderaan di jalan raya.

INSIDEN kekecohan yang berlaku di luar Stadium MBPJ malam tadi. – IHSAN MEDIA SOSIAL

Tindakan pantas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis trafik berjaya menghalang insiden lebih buruk berlaku.

Dalam perlawanan itu, skuad Gergasi Merah berjaya mengesahkan tiket ke suku akhir  selepas menewaskan The City Boys 1-0 hasil jaringan tunggal pemain gantian, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau pada minit ke-62.

Kemenangan itu akan menemukan juara lima kali, Selangor dengan Sabah di Stadium Likas, 23 Julai nanti. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN