Peluang ‘ubi muda’ tonjol kemampuan

Peluang ‘ubi muda’ tonjol kemampuan

PEMAIN Kedah menjalani latihan di Alor Setar kelmarin dalam persiapan menghadapi Kuala Lumpur City dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini. – IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kapten Kedah, Mohd. Syazwan Zainon mencabar pemain muda Sang Kenari menonjolkan kemampuan mereka apabila diberi peluang mengisi ketiadaan sembilan tonggak dalam aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur City (KL City) malam ini.

Katanya, biarpun ketiadaan ramai pemain utama akibat kecederaan dan masalah kesihatan menjejaskan rentak Kedah, namun dari sudut positif ia peluang terbaik buat ‘ubi muda’ untuk membalas kepercayaan jurulatih.

“Inilah masanya pemain-pemain muda membuktikan kemampuan mereka, malah peluang sebegini mungkin tidak datang selalu.

“Saya sebenarnya amat yakin dengan kemampuan pemain-pemain muda ini. Bersandarkan pemerhatian, mereka jelas mampu melakukan yang terbaik untuk pasukan dan insya-Allah kami akan sama-sama memberikan yang terbaik menentang Kuala Lumpur.

“Ini masanya untuk mereka menampilkan aksi terbaik bagi membalas kepercayaan diberikan jurulatih Aidil (Sharin Sahak),” kata Syazwan kepada Utusan Malaysia.

Kedah yang menghuni tangga keempat Liga Super berdepan dugaan besar menjelang pertemuan dengan KL City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras selepas sekurang-kurangnya sembilan pemain disahkan tidak dapat beraksi akibat tidak sihat serta mengalami kecederaan.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan serangan penyakit Influenza A yang dialami Ketua Jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak menyebabkan beliau terpaksa menjalani kuarantin kendiri sebelum ini.

Bagaimanapun, pengendali dari Singapura itu berkata, beliau telah menjalani proses pemulihan yang cukup baik dan tidak berdepan masalah untuk bersama dengan anak-anak buahnya di tepi padang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN