Pan Gon perlu segera cari pengganti

Pan Gon perlu segera cari pengganti

Syamer Kutty Abba memuat naik keadaannya dalam Instagram selepas menjalani pembedahan di Barcelona.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persiapan skuad bola sepak kebangsaan menjelang beberapa aksi persahabatan hujung tahun ini sedikit terganggu ekoran kecederaan tonggak tengah, Syamer Kutty Abba yang menjalani pembedahan lutut di Barcelona.

Harimau Malaya dijangka bertemu pasukan dari Amerika Selatan, Asia dan Timur Tengah dalam Kejohanan Persahabatan Empat Penjuru yang akan berlangsung di Thailand pada September ini.

Selain itu, anak-anak didik Kim Pan Gon juga akan menyertai Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), ­Disember ini sebagai persiapan menghadapi Piala Asia, Jun ­tahun depan.

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty menjalani pembedahan di bawah pengawasan pakar bedah ­sukan, Dr. Juan Manuel Boffa di Barcelona, Sepanyol untuk kecederaan lutut yang dialami.

 

“Menerusi kerjasama ­dengan Dr. Boffa yang juga merupakan konsultan kepada Manchester City, pemain JDT yang cedera akan dihantar ke Barcelona untuk mendapatkan rawatan dan memastikan proses pemulihan berlaku dengan baik di bawah seliaan beliau.

“Sebelum ini JDT pernah menghantar Gary Steven Robbat, Syafiq Ahmad, Natxo Insa, Ramadhan Saifullah dan S.Kunanlan untuk mendapatkan rawatan di sana,” ujar kelab berkenaan dalam satu kenyataan semalam.

Syameer yang cemerlang membantu Malaysia ke pentas Piala Asia dalam kelayakan, Jun lalu dijangka terlepas aksi kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) ketika JDT menentang kelab Jepun, Urawa Red Diamonds, 17 Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya