Nafuzi sayang nak tinggalkan Penyu

Nafuzi sayang nak tinggalkan Penyu

NAFUZI ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: “Belum tiba masanya dan belum ada tawaran.”

Itu penjelasan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain, selepas dikaitkan sebagai pengganti Brad Maloney sebagai pengendali baharu skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia.

Jurulatih berusia 44 tahun itu berkata, keutamaannya ketika ini adalah kepada Terengganu dan masih dalam proses pembelajaran dan mencari pengalaman dalam liga tempatan.

Nafuzi begitupun mengakui bergelar jurulatih negara adalah impian bukan sahaja kepada pemain tetapi juga jurulatih dan akan menimbang peluang itu apabila tiba masa yang sesuai.

Uzbekistan
BRAD MALONEY

“Apabila sampai waktunya nanti, saya mungkin bersedia tetapi selagi khidmat diperlukan TFC, fokus saya hanya untuk pemain-pemain dan barisan jurulatih Sang Penyu.

“Semua pemain, jurulatih mengimpikan untuk bersama pasukan kebangaan namun belum tiba masanya dan belum ada tawaran. Lagipun saya sayangkan pasukan TFC.

“Apa yang saya akan lakukan adalah mempersiapkan TFC menghadapi baki saingan musim ini bersama barisan jurulatih yang lain,” katanya di sini malam semalam.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 13 Julai lalu melepaskan Maloney daripada mengetuai skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara susulan prestasi di Sukan SEA dan Piala Asia B-23.

Selain Nafuzi, turut disebut-sebut calon menggantikan jurulatih Australia itu adalah penolong jurulatih skuad senior, Pau Marti dan E. Elavarasan selain jurulatih Korea Selatan, Kim Hak-Bum.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya