Martinez rekrut ketiga United di bawah Ten Hag

Martinez rekrut ketiga United di bawah Ten Hag

Lisandro Martinez (dua dari kiri) memuat naik gambar menaiki pesawat peribadi dalam perjalanan ke Manchester.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Lisandro Martinez bersedia menjadi pemain ketiga yang dibawa masuk pe­ngendalinya, Erik ten Hag pada jendela perpindahan musim ­panas.

Martinez telah menaiki jet peribadi ke England ketika dia bersiap untuk melengkapkan perpindahan dari Ajax ke Manchester United.

Pemain pertahanan Argentina berusia 24 tahun itu bakal menjadi pembelian ketiga Red Devils pada era Ten Hag selepas Tyrell Malacia dan Christian Eriksen.
Martinez bersinar di bawah Ten Hag selama tiga musim beraksi di Ajax, termasuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Kelab musim lalu.

Kehadirannya akan memberi United lebih banyak pilihan untuk bersaing dengan pemain sedia ada seperti Harry Maguire, Raphael Varane, Eric Bailly dan Victor Lindelof sebagai bek ­tengah.

Sebelum terbang ke Old Trafford, Martinez telah mengha­diri ‘makan malam perpisahan’ ­bersama chef peribadinya awal minggu ini dan dia kini bersedia untuk diumumkan secara rasmi sebagai pemain United dengan kontrak sehingga 2027.

LISANDRO Martinez sedia kembali bergabung dengan Erik Ten Hag.

“Menuju ke Manchester. Beberapa kali saya pernah diberi penghormatan ­bermain di Old Trafford sebelum ini tetapi ­untuk melakukannya dengan jersi merah United pastinya satu perasaan luar biasa.

“Saya telah melihat kerja ­­Ten Hag di Ajax dan mengetahui ­tahap perincian dan persediaan setiap hari.

“Adalah jelas dia seorang jurulatih yang hebat. Setelah bercakap dengannya dan ­men­getahui lebih lanjut tentang visi serta cara dia mahu pasukan bermain, saya lebih teruja untuk masa depan.

“Saya masih mempunyai cita-cita besar dalam bola sepak, jadi di sana banyak impian yang boleh dicapai.

“Saya tahu apa yang boleh saya capai, dan ia tempat yang sesuai untuk meneruskan perjalanan saya,” tulis Martinez bersama gambar menaiki jet peri­badi mewah yang dimuat naik dalam Instagramnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya