Maria Sharapova kini bergelar ibu

Maria Sharapova kini bergelar ibu

MARIA Sharapova dan pasangannya, Alexander Gilkes menyambut kelahiran cahayamata pertama minggu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Bintang tenis Rusia, Maria Sharapova mengumumkan kelahiran bayi lelaki pertamanya minggu ini hasil perkongsian hidup bersama ­Alexander Gilkes.
Sharapova berkongsi gambar comel Theodore di Instagramnya yang mempunyai 4.4 juta pengikut.

Pemilik tiga kejuaraan Grand Slam itu menulis: “Theodore VII.I.MMXXII. Hadiah paling indah, mencabar dan bermanfaat untuk keluarga kecil kami.”

Sharapova, 35, yang me­ngumumkan kehamilannya, April lalu mula menjalin hubu­ngan dengan Gilkes, 42, pada 2018.

Gilkes, ahli perniagaan Britain melamar Sharapova pada ­Disember 2020 dengan cincin pertunangan berlian bernilai 300,000 pound (RM1.5 juta).

Terdahulu, bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada Februari 2020 dan ketika itu dia sempat me­ngajukan persoalan mengenai apa yang akan dilalui setelah meninggalkan satu-satunya kehidupan yang dijalani selama ini iaitu bermain tenis.

“Bagaimana rasanya mening­galkan gelanggang yang menjadi tempat latihan anda sejak kecil.

“Ia permainan yang anda gemari, sukan yang membuatkan air mata anda mengalir, sama ada kerana suka atau duka,” kata bekas pemain tinggi lampai itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya