Mane tewaskan Salah, dinobat Pemain Terbaik Afrika

Mane tewaskan Salah, dinobat Pemain Terbaik Afrika

SADIO Mane (kiri) menang anugerah Pemain Terbaik Afrika untuk menewaskan Mohamed Salah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Sadio Mane menewaskan bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Mohamed Salah untuk dinobat sebagai Pemain Terbaik Afrika buat kali kedua.

Mane dan Salah berada dalam senarai tiga calon akhir bersama penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy.

Mane yang membantu Senegal merangkul Piala Negara-Negara Afrika selepas mengalahkan pasukan Salah, Mesir, Februari lalu, memenangi anugerah itu buat kali pertama pada 2019.

Penyerang berusia 30 tahun itu meninggalkan Liverpool bulan lalu selepas menandatangani perjanjian tiga tahun bersama Bayern Munich.

SADIO Mane ketika membantu Senegal muncul juara Afrika.

“Saya amat berbesar hati dan sangat gembira menerima anugerah ini sekali lagi.

“Terima kasih kepada jurulatih saya, kelab saya dan rakan sepasukan antarabangsa dan rakan-rakan yang sentiasa ada bersama saya pada saat sukar,” kata Mane.

Mane berada di ibu kota Maghribi itu untuk menerima anugerah berkenaan selepas menyempurnakan penalti buat pasukan baharunya ketika menang 6-2 mengatasi DC United di Washington, semalam.

Ia adalah anugerah pemain terbaik benua berturut-turut buat Mane selepas pandemik Covid-19 memaksa majlis berkenaan dibatalkan sejak dua edisi lalu.

Mane dan Salah memainkan peranan penting musim lalu bersama Liverpool, yang merangkul Piala FA dan Piala Liga England serta bergelar naib juara Liga Perdana serta Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya