Malaysia hilang satu lagi prospek pingat

Malaysia hilang satu lagi prospek pingat

Jong Yee Khie menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham akibat kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan atlet Powerlifting negara, Jong Yee Khie menarik diri daripada penyertaan ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan berlangsung mulai 28 Julai hingga 8 Ogos depan.

MOM memaklumkan, penarikan diri Yee Khie disebabkan kecederaan dialami atlet berkenaan yang berlaku semasa menjalani sesi latihan untuk persiapan ke Sukan Komanwel.

“Keputusan penarikan diri tersebut dibuat setelah mendapat pengesahan tahap kecederaan beliau daripada Institut Sukan Negara (ISN),” kata MOM dalam kenyataannya semalam.

Sebagai rekod, Yee Khie adalah pemenang pingat perak dalam kategori 107 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Para­limpik Tokyo 2020 dan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), tahun lalu.

Susulan penarikan diri Yee Khie, bilangan atlet dalam kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 adalah seramai 105 orang.

“Pihak MOM mendoakan dan berharap agar Yee Khie akan sembuh sepenuhnya daripada kece­deraan dan kembali beraksi dalam tempoh terdekat,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN