Malacia pemain pertama sertai United

Malacia pemain pertama sertai United

TYRELL Malacia kini milik Manchester United.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tyrell Malacia menjadi pemain pertama yang diikat oleh Erik Ten Hag di Manchester United selepas bek kiri itu melengkapkan perpindahan 14.7 juta pound (RM77.70 juta) dari Feyenoord.

United bersetuju dengan pakej yang ditawarkan oleh kelab Eredivisie itu minggu lalu yang bernilai sekitar 13 juta pound (RM68.72 juta) dengan tambahan 1.7 juta pound (RM8.89 juta) dan juga klausa penjualan.

Pemain berumur 22 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun di Old Trafford dengan pilihan lanjutan tambahan satu tahun dan United mempercepat urusan perpindahan pemain Belanda itu selepas Lyon turut berminat mendapatkan pemain itu.

Malacia adalah bakat yang sangat dikenali Ten Hag ketika beliau menjadi ketua jurulatih kepada Ajax dan dia mempunyai ciri-ciri yang diinginkan oleh pengendali warga Belanda itu di Old Trafford.

Malacia dikatakan mempunyai kepantasan, bijak menghidu posisi dan mempunyai kadar kepantasan yang tinggi dan keupayaan untuk menyerang di bahagian lawan.

Ketibaannya di Old Trafford juga dilihat mampu untuk menjadi pemain sayap terbaik dan boleh menyerlah dengan lebih pantas di bawah kendalian pengurus berumur 52 tahun itu.

“Ia satu perasaan yang luar biasa untuk menyertai United. Ini adalah babak baharu bagi saya, liga baharu dengan rakan sepasukan baharu dan pengurus yang hebat mengetuai kami.

“Saya tahu daripada bermain menentang pasukannya di Eredivisie, kualiti yang dia ada dan apa yang dia tuntut daripada pemainnya.

“Walaupun saya tahu bahawa saya masih muda dan akan terus berkembang, saya boleh berjanji kepada penyokong United bahawa saya akan meninggalkan segala-galanya di atas padang setiap kali saya menyarung jersi merah.

“Saya akan sentiasa berterima kasih kepada Feyenoord untuk semua yang mereka berikan kepada saya dan keluarga saya salah satu daripada ini boleh dilakukan jika bukan kerana mereka.

“Sekarang saya bersedia untuk fokus pada masa depan bersama United, dan membantu kelab baharu saya mencapai kejayaan,” kata Malacia di laman web kelab.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN