KL City dan PJ City kongsi mata di Cheras

KL City FC dan PJ City FC kongsi mata di Cheras

AKSI pemain KL City FC (merah) dan PJ City FC (biru) dalam aksi Liga Super malam ini.-Gambar FB KL City FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) berkongsi satu mata selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi Liga Super, sebentar tadi.

Ini merupakan keputusan seri kali kedua diraih skuad bimbingan Bojan Hodak selepas 11 perlawanan manakala PJ City FC pula merekodkan keputusan seri kali keempat.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu aksi kurang bertenaga dipamerkan kedua-dua pasukan dengan corak permainan berhati-hati.

Tiada percubaan merbahaya disajikan baik KL City FC selaku tuan rumah mahupun PJ City sepanjang babak pertama.

Memasuki babak kedua, beberapa pertukaran pemain dilakukan KL City dan juga PJ City untuk menambahkan sengat pasukan bagi memburu gol sulung.

Kemasukan S. Kumaharaan dilihat berjaya mengubah tempo permainan pasukan pelawat dengan gerakan lebih teratur bersama Darren Lok dibahagian depan.

Ketiadaan pemain utama The City Boys, Akram Mahinan dan ketua pasukan Paulo Josue memberikan kesan ketara buat pasukan dengan penjaga gawang pelawat, Kalamullah tidak banyak diuji.

Walaupun kedua-dua pasukan cuba mendapatkan gol khususnya pada baki lima minit terakhir perlawanan namun keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga tamat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya