Ibrahimovic kekal di Milan sehingga usia 42 tahun

Ibrahimovic kekal di Milan sehingga usia 42 tahun

ZLATAN IBRAHIMOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Zlatan Ibrahimovic memperbaharui kontraknya di AC Milan selama setahun lagi biarpun berdepan prospek menjalani proses pemulihan panjang akibat pembedahan lutut.

Pada penghujung Mei lalu, penyerang veteran Sweden itu menjalani prosedur membaiki kerosakan dan ketidakstabilan di lutut kiri yang disebabkan oleh kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) sebelum ini.

Ibrahimovic yang genap 41 tahun pada 3 Oktober nanti dijangka diketepikan sehingga lapan bulan, dan tidak mungkin cergas sepenuhnya sehingga separuh kempen 2022-2023.

ZLATAN IBRAHIMOVIC

“AC Milan gembira mengumumkan sambungan kontrak Zlatan Ibrahimovic sehingga 30 Jun, 2023.

“Penyerang Sweden itu akan terus memakai jersi No. 11,” kata Milan dalam satu kenyataan.

Ibrahimovic menandatangani perjanjian yang membolehkannya menikmati gaji tetap 1 juta euro (RM4.5 juta), selain bonus besar berdasarkan penampilan dan pencapaian.

Pada Mei lalu, Ibrahimovic mendedahkan dia tidak tidur lena sejak enam bulan kerana menahan sakit lutut, namun  masih mampu membantu Milan menjulang mahkota Serie A pertama dalam tempoh 11 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya