Fandi calon pilihan latih Tok Gajah?

Fandi calon pilihan latih Tok Gajah?

FANDI Ahmad (kiri) disebut-sebut sebagai pengganti Christophe Gamel untuk membimbing Sri Pahang. - IHSAN FAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Christophe Gamel akan meninggalkan Sri Pahang, manakala Fandi Ahmad disebut-sebut bakal kembali ke pangkuan pasukan yang pernah disertai dari 1991 hingga 1992 untuk mengambil alih tugas pengendali Tok Gajah.

Begitupun, bekas kapten Singapura itu mengambil sikap ‘membisu’ ketika namanya dikaitkan dengan kepulangan ke Liga Malaysia (Liga M) bersama rakan senegaranya, V. Sundramoorthy yang juga bekas pemain Pahang.

Difahamkan pengurusan Sri Pahang lebih tertarik untuk mendapatkan Fandi yang sudah sinonim bukan sahaja di negaranya tetapi dalam Liga M.

Sepanjang di bawah kendalian Gamel, pasukan gagal mempamer prestasi seperti yang diharapkan apabila hanya mencatat dua kemenangan dalam 11 perlawanan Liga Super.

Walaupun sudah melakukan perubahan pemain import pada jendela perpindahan kedua, Pahang masih kempunan mengutip sebarang mata apabila tewas tiga perlawanan berturut-turut menentang Sabah (1-2), Negeri Sembilan (0-3) dan Terengganu (1-2).

Difahamkan ketika ini tugas me­ngendali Sri Pahang diletak di bahu Dollah Salleh sebagai pemang­ku sebelum menunggu ketua jurulatih baharu.

Gamel telah bersetuju meletakkan jawatan atas persetujuan bersama dengan pe­ngurusan Sri Pahang.

Aura Fandi dalam Liga M ­bukan asing selepas pernah bersama Kuala Lumpur (1986-1989) serta Pahang (1991-92).

Fandi dan Sundramoorthy turut mempunyai pengalaman melatih pasukan Liga M seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan.

V. SUNDRAMOORTHY

Selepas selesai tugasannya bersama JDT, Fandi dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan LionsXII yang dianggotai keba­nyakan pemain kebangsaan ­Singapura yang beraksi dalam Liga M pada musim 2014.

Beliau kemudian memimpin pasukan itu menjuarai Piala FA pada musim selanjutnya.

Pada 30 Jun lalu, Fandi telah letak jawatan sebagai Ketua Pembangunan Belia Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), sekali gus menguatkan lagi ­khabar ­angin mengenai pemergian beliau ke pasukan Sri Pahang.

Utusan Malaysia berusaha mendapatkan Fandi dan pihak pengurusan Sri Pahang bagi menjelaskan situasi semasa. Begitupun panggilan serta mesej yang dihantar tidak berbalas. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya