Bonnie mahu emas Komanwel 2022

Bonnie mahu emas Komanwel 2022

Bonnie Bunyau Gustin beramah mesra dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas gagal menaiki podium dalam penampilan sulung empat tahun lalu, Bonnie Bunyau Gustin tekad menghadirkan pingat emas dan mengubati kekecewaan apabila kembali bertarung dalam Sukan Komanwel di Birmingham, 28 Julai hingga 8 Ogos depan.

Pada kemunculan perta­manya di Gold Coast 2018, jaguh powerlifting negara itu sekadar menduduki tangga keempat dalam saingan 72 kilogram (kg).

Begitupun selepas empat tahun berlalu, atlet kelahiran Betong, Sarawak itu telah menunjukkan peningkatan ketara hingga membolehkannya memenangi emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Kejohanan Dunia 2019 dan 2021 serta emas Piala Dunia 2021.

Dia juga memecah rekod dunia dengan angkatan 230kg pada Piala Dunia Fazza di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun, tahun lalu.

BONNIE BUNYAU GUSTIN

“Saya tidak kisah catatan angkatan berat yang dilakukan nanti, saya cuma mahu bagi ‘kaw-kaw’ untuk dapatkan pingat emas di sana,” kata­nya yang mengakui berdepan sedikit kecederaan di bahu kiri.

Badang kerdil berusia 23 tahun itu berkata, keputusan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memilihnya sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan Su­kan Komanwel menjadi pembakar semangat untuk memburu emas.

Bonnie akan bergandingan dengan pemain skuasy wanita, Aifa Azman bagi menggalas tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Mengenai penarikan diri rakan seperjuangannya, Jong Yee Khie akibat kecederaan, Bonnie mengakui pasti berasa sunyi tanpa kehadiran sahabat baiknya itu di Birmingham.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.