Barcelona tiada duit tapi belanja ‘sakan’

Barcelona tiada duit tapi belanja ‘sakan’

ROBERT LEWANDOWSKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann menyelar Barcelona selepas gergasi bola sepak Sepanyol itu berjaya mendapatkan ayam tambatannya, Robert Lewandowski.

Lewandowski, 33, ­disahkan sebagai pemain terbaharu Barcelona pada Selasa lalu dengan nilai 42 juta pound (RM 224.49 juta).

Ramai pihak tidak menjangkakan Barcelona mampu mendapatkan bintang penyerang kebangsaan Poland itu tatkala kewangan mereka makin me­runcing dan pembelian tersebut bakal meletakkan kelab itu berhutang melebihi 1 bilion pound (RM5.35 bilion).

 

JULIAN NAGELSMANN

Bagaimanapun Barcelona tetap berjaya mendapatkan Lewandowski, sekali gus Nagelsmann mempertikaikan bagaimana mereka masih mampu membeli pemain besar biarpun kewangan tidak kukuh.

Barcelona turut mempunyai masalah tunggakan gaji dengan beberapa pemain utamanya seperti Gerard Pique dan Sergio Busquets

BARCELONA masih terhutang dengan pemainnya, termasuk Gerard Pique (kiri).

“Satu-satunya pasukan di dalam dunia ini yang tidak mempunyai duit tetapi masih mampu memborong pemain yang mereka mahukan.

“Saya tidak tahu bagaimana mereka melakukannya. Ia memang pelik dan gila,” kata Nagelsmann ketika mengulas mengenai jendela perpindahan musim ini.

Krisis kewangan Barcelona semakin meruncing apabila pada peringkat awal musim ini, pasukan itu tidak berjaya untuk mendaftarkan Franck Kessie dan Andreas Christensen, dua pemain yang berpindah secara percuma daripada AC Milan dan Chelsea.

BARCELONA turut membawa masuk Andreas Christensen.

Barcelona masih lagi terikat dengan peraturan La Liga iaitu pasukan hanya boleh berbelanja sebanyak 1 juta pound (RM5.35 juta) untuk setiap penjualan pemain bernilai 4 juta pound (RM21.41 juta).

Kelab Catalan itu dalam perancangan untuk menyingkirkan beberapa pemain menjelang musim panas ini dan antara nama yang kerap disebut Frenkie de Jong serta Ousmane Dembele.

Bagaimanapun ia hanyalah harapan palsu memandangkan dua pemain tersebut baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan dengan kelab berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya