Badminton tambah dua emas, muncul juara keseluruhan

Badminton tambah dua emas, muncul juara keseluruhan

FAIZ Rozain meraih emas dalam acara perseorangan di AUG 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UBON RATCHATHANI: Skuad badminton negara membuktikan penguasaan di Sukan Universiti ASEAN (AUG) apabila menambah dua pingat emas pada hari terakhir acara berkenaan hari ini.

Tambahan dua pingat emas itu menyaksikan kem badminton negara muncul sebagai juara keseluruhan bagi acara berkenaan dengan membawa pulang empat pingat emas.

Emas pertama skuad badminton hari ini hadir menerusi pemain perseorangan lelaki negara, Faiz Rozain yang mempamerkan aksi terbaik menewaskan wakil Indonesia.

Dalam perlawanan di Dewan Badminton Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat itu, Faiz mempamerkan penguasaan penuh untuk menang 21-13, 21-8 ke atas Muhammad Radi Zafran Ferary.

“Alhamdulillah sasaran saya untuk raih dua emas di AUG pertama saya tercapai. Dalam perlawanan akhir saya berikan segala-galanya dan dapat membawa setiap pergerakan lawan.

“Saya banyak terima tunjuk ajar di bawah kendalian jurulatih (Datuk Rashid Sidek), pengalaman dia juga membantu saya pada kali ini,” kata penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Kecemerlangam kem badminton diteruskan menerusi gandingan beregu wanita, Teoh Lexuan-Yap Rui Chen untuk emas kedua selepas menewaskan rakan senegara Desiree Siow-Ng Qi Xuan.

Teoh Lexuan-Yap Rui Chen meraih emas dalam acara beregu di AUG 2022.

Bagaimanapun, Lexuan-Rui Chen tidak diberikan laluan mudah oleh Disiree-Qi Xuan apabila perlawanan berlanjutan sehingga ke set penentuan sebelum menang 18-21, 22-20, 21-11.

Bagaimanapun, hasrat kem negara untuk menambah koleksi emas menerusi acara beregu lelaki dan beregu campuran tidak kesampaian apabila kedua-duanya tewas kepada gandingan Indonesia.

Pasangan beregu lelaki negara Mohammad Faris Zaim Abdul Khalid-Ameer Amri Zainuddin tewas straight set 13-21,18-21 kepada Nendi Novatino-Reza Dwicahya.

Sementara, Tan Kok Xian-Desiree juga tewas straight set 20-22,21-23 kepada Dwiki Rafian Restu-Elizabeth Jovita.

Sebelum ini, kem badminton meraih dua emas menerusi acara berpasukan lelaki dan wanita.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya