Aznil puas pertahankan emas Sukan Komanwel

Aznil puas pertahankan emas Sukan Komanwel

AZNIL Bidin (tengah) meraikan kejayaan memenangi emas angkat berat 61kg bersama Morea Baru (kiri) dan P. Gururaja di Birmingham hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aznil Bidin puas berjaya bergelar juara Sukan Komanwel dua kali selepas mempertahankan pingat emas angat berat kategori 61 kilogram (kg) di Birmingham, hari ini.

Kilauan emas sudah kelihatan selepas jaguh berusia 28 tahun itu mengangkat bebanan dalam acara snatch apabila cemerlang melepasi angkatan 127kg, 6kg mengatasi pesaing terdekatnya, Morea Baru dari Papua New Guinea.

Aznil, yang meraih emas tidak diduga pada temasya Gold Coast, empat tahun lalu mengesahkan kejuaraan dengan angkatan 158 dalam clean & jerk.

AZNIL Bidin melakukan angkatan cemerlang dalam angkat berat kategori 61kg di Sukan Komanwel Birmingham, hari ini. – AFP

Dengan angkatan keseluruhan 285kg, dia menutup kempen di Pusat Pameran Nasional, Birmingham bukan sahaja bersama pingat emas, malah rekod baharu temasya.

Atlet kelahiran Kedah itu berjaya mengatasi Baru (273kg) dan peserta India, P. Gururaja (269kg).

Catatan itu bagaimanapun gagal memperbaiki rekod peribadi terbaiknya, 287kg yang dilakukan di Sukan SEA Hanoi, Mei lalu.

Aznil menghadiahkan emas kedua Malaysia pada edisi ke-22 Sukan Komanwel selepas rakan sepasukannya, Aniq Kasdan terdahulu mengungguli saingan 55kg. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN