Trio import Perak FC janji aksi terbaik

Trio import Perak FC janji aksi terbaik

(Dari kiri) STIPE Plazibat, Sunday Kolawole Afolabi dan Luciano Guaycochea menunjukkan kontrak yang mereka tandatangani dengan Perak FC di Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Trio import Perak FC, Stipe Plazibat, Luciano Guaycochea dan Sunday Kolawole Afolabi bertekad memberi sumbangan terbaik mereka kepada The Bos Gaurus dalam baki kempen Liga Perdana bermula Ahad ini.

Ketiga-tiga pemain import itu juga sedar misi utama mereka ialah membantu pasukan Yob keluar daripada zon penyingkiran di akhir musim.

“Saya datang ke Perak FC dengan niat membantu pasukan ini memperbaiki kedudukannya sekali gus meningkat ke divisyen satu musim akan datang,” kata Plazibat

Ditanya bagaimana dia tahu mengenai Perak FC, penyerang berumur 32 tahun itu berkata, dia beraksi dalam Liga Singapura lama dan tahu akan kehebatan Perak.

“Saya tidak sangka Perak FC tercicir ke Divisyen Dua musim ini dan itulah sebab saya menyertainya dengan harapan dapat membantu pasukan ini,” katanya.

Sementara, Guaycochea tahu mengenai pasukan Perak FC daripada rakan senegaranya dari Argentina yang pernah beraksi dalam liga Malaysia

“Saya dengar banyak mengenai liga Malaysia dan juga pasukan Perak FC. Sebab itu saya bersetuju untuk menyertai pasukan ini.

“Matlamat saya ialah memberi sumbangan terbaik untuk membantu pasukan, ” ujar pemain tengah menyerang berumur 30 tahun itu .

Manakala Afolabi, 22, dari Nigeria berazam menggunakan pengalamannya bermain di Slovakia dan Portugal untuk membantu Perak FC kembali ke Liga Super musim hadapan.

“Saya membuat semakan mengenai liga Malaysia dan pasukan Perak FC melalui internet dan tahu apa yang perlu dilakukan nanti,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya