Stadium atau tempat 'bela hantu'?

Stadium atau tempat ‘bela hantu’?

KEADAAN Stadium Shah Alam ketika ini yang amat menyedihkan. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gah hanya pada nama dan kenangan tetapi semua akan hilang ditelan zaman jika tiada usaha untuk menghidupkan kembali Stadium Shah Alam (SSA) yang diibaratkan menanti masa rebah ke bumi.

Dibina pada 1 Januari 1990 sebelum diguna secara rasmi pada 16 Julai 1994 sebagai stadium serbaguna yang terletak di Shah Alam, SSA mampu menampung hampir 80,000 penonton.

Keadaan semasa stadium yang dianggap lambang kebanggaan rakyat Se­langor nyata meremukkan hati bekas pemain yang pernah mencipta nama di atas padang berkenaan.

Salah seorang bintang Red Giants era 1990-an, Shahril Arsat berkata, melihatkan keada­an SSA ketika ini ia begitu menggores hatinya kerana stadium itu bagaikan rumah kedua buat dirinya.

SHAHRIL ARSAT

“Kami dulu berpeluh sakan setiap kali turun beraksi di stadium memburu kemenangan dan Selangor bergelar juara Liga Perdana 1995, 1996 dan 1997.

“Sedih dan terabai. Pihak bertanggungjawab perlu ambil berat dan peduli masalah ini, jika tidak dilakukan sekarang mungkin lagi teruk di masa hadapan.

“SSA yang ada ketika ini umpama 50 tahun ke belakang, dulu gah tetapi kini hanya tinggal nama dan tak mustahil akan hilang dari ingatan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Katanya, dia sendiri pun tidak pasti adakah ia stadium atau tempat membela hantu.

STADIUM Shah Alam pada zaman ‘kegemilangannya’ digunakan untuk kejohanan Piala Asia 2007.

“Kalau penyokong sedih dan kecewa apatah lagi saya sebagai pemain melihatkan SSA dalam keadaan begini.

“Dalam era baharu ini, kemudahan stadium perlu ada, jangan sampai semua kenangan dan kegemilangan hilang dari ingatan.

“SSA dulu adalah stadium terbaik dalam Malaysia tetapi kini sebaliknya,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan bayang-bayang kerja menaik taraf dan membaiki Stadium Shah Alam belum kelihatan walaupun ke­rajaan ne­geri tahun lalu mengumumkan ­bangunan iko­nik itu akan menjalani proses baik pulih bermula tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN