Skuad Jang mahu buang malang tiga aksi terakhir

Skuad Jang mahu buang malang tiga aksi terakhir

SELEPAS gagal meraih kemenangan dalam tiga aksi terakhir Liga Super, Negeri Sembilan sedia bangkit menumpaskan Sri Pahang di Paroi malam ini. – IHSAN NSFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas gagal menembusi gawang lawan dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super, Negeri Sembilan tekad menamatkan kemarau dan mengutip tiga mata apabila menerima kunjungan Sri Pahang malam ini.

Ketua Jurulatih skuad Jang, K. Devan menegaskan, beliau tetap meletakkan keyakinan tinggi kepada jentera serangan yang ada untuk melakar kemenangan pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi selepas mengharungi tiga aksi mengecewakan.

Lebih meyakinkan Devan, beliau akhirnya dapat menurunkan barisan terbaik dengan tonggak pertahanan, Herold Goulon kembali diturunkan selepas tidak beraksi ketika menentang Melaka United, minggu lalu.

KEHADIRAN ribuan penyokong sendiri di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini mampu menjadi kekuatan tambahan buat skuad Jang untuk menenentang Sri Pahang. – IHSAN NSFC

“Saya boleh menggunakan kesebelasan terbaik untuk berdepan Sri Pahang apabila semua pemain termasuk Goulon bebas daripada sebarang masalah.

“Sudah tentu kami mahu gunakan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi meraih tiga mata biarpun dalam masa kami hormati kekuatan Sri Pahang.

“Saya faham kerisauan peminat apabila pasukan tidak menjaringkan gol tetapi pemain ada mempamerkan peningkatan dalam mencipta peluang semasa berdepan Melaka.

“Cuma hanya sentuhan pe­nyudah menjadi dan kami sedang pertingkatkan aspek ini semasa sesi latihan.

“Semasa berdepan JDT pun kami ada peluang tetapi kami tidak memanfaatkannya dan saya akui dari segi penyudah, memang ada masalah,” katanya.

K. DEVAN

Tiga perlawanan terakhir Negeri Sembilan menyaksikan mereka seri tanpa jaringan bertemu Melaka United (18 Jun) serta Kedah (17 Mei), selain kalah 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 11 Mei.

“Dua pemain import baharu, Yashir (Pinto) dan Gustavo (Almeida) dijangka boleh tampil lebih baik kali ini.

“Harus diingat Yashir kali terakhir bermain secara kompetitif ialah pada penghujung Mei lalu di Liga Thailand sementara Gustavo, sudah empat bulan tidak bermain selepas kontraknya berakhir di Liga Jepun,” ujarnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya