Shevon persoal sistem undian BWF

Shevon persoal sistem undian BWF

GOH Soon Huat (kiri)- Shevon Lai melangkah ke separuh akhir Terbuka Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih mengecewakan apabila terpaksa menentang rakan senegara seawal pusingan pertama dan kehampaan itu disuarakan Shevon Lai yang mempersoalkan undian Persekutuan Badminton Dunia (BWF) padaTerbuka Malaysia 2022 yang membuka tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Shevon yang bergandingan dengan Goh Soon Huat dalam acara beregu campuran menewaskan rakan senegara yang menghuni ranking No. 9 dunia, Tan Kian Ming-Lai Pei Jing 21-18, 19-21, 21-18 pada aksi pembukaan.

“Saya berasa sedih sikit, apabila terpaksa bertemu rakan sepasukan seawal pusingan pertama.

“Tetapi inilah undian yang keluar, kita kena atasi dan ini juga bermakna salah satu pasangan Malaysia akan kalah seawal pusingan pertama,” kata pemain berusia 29 tahun itu kepada pemberita.

Menghuni ranking No. 14 dunia, Shevon berkata, insiden yang berlaku bukanlah kali pertama kerana dalam pertandingan sebelum ini juga dia dan Soon Huat pernah berdepan situasi serupa.

AKSI beregu campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing ketika menentang Goh Soon Huat-Shevon Lai pada Terbuka Malaysia di Axiata Arena di sini, hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“Saya rasa pelik sangat kenapa sistem undian BWF macam itu, tak pasti apa masalah atau undian memang begitu. Setakat ini, tiada apa-apa perubahan daripada BWF,” tegasnya.

Bagaimanapun, nada yang lebih positif disuarakan Soon Huat apabila menyifatkan siapa pun lawan yang ditentukan oleh BWF, mereka perlu terima.

“Saya pernah mendengar daripada seorang pemain handalan, dia berkata siapa pun lawan yang kita temui, jika kita main bagus, kita tetap akan menang, walaupun undian tidak berpihak kepada kita,” katanya.

Rungutan yang disuarakan Shevon itu bukanlah kali pertama berlaku kerana sebelum ini ada pemain yang turut melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap undian BWF tersebut.

Sistem undian yang lebih terbuka tanpa mengira ranking pemain, memungkinkan perlawanan anti-klimaks berlaku seperti yang terjadi di Terbuka Indonesia, baru-baru ini melibatkan Viktor

Axelsen menentang Zhao Jun Peng yang menyaksikan jaguh No. 1 dunia itu menang mudah 21-9, 21-10 pada final. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya