Seorang import sudah tiba, seorang lagi sampai esok

Seorang import sudah tiba, seorang lagi sampai esok

PERAK akhirnya bakal mendapat kekuatan tambahan dengan kehadiran trio import baharu. - IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keresahan peminat Bos Gaurus pasti berakhir dengan perkhabaran baki dua pemain import sudah menyertai pasukan Perak FC.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab itu, Bobie Farid Shamsuddin ketika dihubungi.

“Seorang pemain, iaitu pemain tengah Sunday Kolawole Afolabi dari Nigeria tiba semalam dan menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan ujian yang perlu. Dia akan menyertai pasukan petang ini, manakala seorang lagi pemain, iaitu Luciano Guaycochea dari Argentina tiba petang ini, ” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Farid berkata, jika semua berjalan lancar, majlis menandatangani kontrak trio import itu akan diadakan sebelum tarikh tutup jendela perpindahan kedua pada Jumaat ini.

Beliau berkata, nama tiga pemain yang terpaksa dipinggirkan untuk memberi laluan kemasukkan trio import itu sudah ada.

Bagaimanapun CEO sementara Perak FC itu enggan mendedahkan identiti mereka pada waktu ini.

“Tunggulah sedikit hari lagi, kami akan buat pengumuman secara rasmi skuad baharu Perak itu nanti,” katanya.

Apa yang pasti skuad bimbingan Yusri Che Lah kini berwajah baru dengan kemasukkan pemain-pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin, Wan Zack Haikal Wan Noor, Hafiz Ramdan, Randy Baruh, Zamir Selamat serta trio import.

Sembilan pencabar bakal ditemui Bos Gaurus pada pusingan kedua Liga Perdana kini tidak boleh memandang mudah cabaran Yob yang tampak berkeyakinan tinggi berbanding pada pusingan pertama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN