'Saya ikut apa yang rakyat Senegal mahukan'

‘Saya ikut apa yang rakyat Senegal mahukan’

SADIO MANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sadio Mane mengejutkan penyokong Liverpool apabila mendedahkan 60 hingga 70 peratus rakyat Senegal mahu dia meninggalkan gergasi bola sepak England itu, dan dia akan melakukan apa yang mahukan oleh mereka.

Mane, 30,  yang berbaki 12 bulan kontrak bersama Reds dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich, selain turut dikatakan menarik minat Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid.

Penyerang berusia 30 tahun itu mengejutkan wartawan dalam sidang akhbar semalam ketika menyertai tugasan antarabangsa bersama Senegal dalam kelayakan Piala Negara-Negara Afrika menentang Benin.

Mane menyatakan dengan jelas bahawa dia mungkin meninggalkan Anfield tidak lama lagi.

“Seperti orang lain, saya juga melihat media sosial dan membaca semua komen yang ditinggalkan.  Saya boleh katakan, sekurang-kurangnya 60 hingga 70 peratus rakyat Senegal mahu saya meninggalkan Liverpool?

“Saya akan lakukan seperti mereka mahukan. Kita tengok dalam masa terdekat! Jangan terburu-buru kerana kita akan menyaksikannya bersama,” kata Mane ketika menjawab soalan mengenai masa depannya.

Mane setakat ini enggan menandatangani perjanjian baharu Liverpool, malah sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara bulan lalu, pengendali Reds, Jurgen Klopp mengakui pemain Afrika itu mungkin akan bermain buat kali terakhir bersama kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN