Safee Sali menang Mazda CX-5

Safee Sali menang Mazda CX-5

Safee Sali menang Mazda CX-5 Kejohanan Golf Trofi Mazda 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Selepas tujuh tahun berehat tanpa sebarang pertandingan, Kejohanan Golf Trofi Mazda 2022 kembali dianjurkan semula oleh Bermaz Motor Trading Sdn Bhd dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance Berhad di Glenmarie Golf & Country Club (GGCC), semalam.

Kejohanan yang berlangsung dengan penyertaan seramai 132 ahli kelab yang mengambil bahagian itu menjanjikan tawaran sebuah kereta Mazda CX-5 sebagai hadiah kepada peserta yang melakukan hole-in-one yang diraih oleh nama yang tidak asing dalam dunia bola sepak, Mohd. Safee Mohd Sali.

Safee yang juga ahli GGCC, merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak Malaysia dalam Kejohanan AFF dengan sembilan gol, turut berjaya menghasilkan ace di Hole-15 (Valley Course) dari jarak 155 meter dengan kayu golf 6-besi Miura dan bola golf keluaran TaylorMade TP5x.

Kejayaan itu juga membolehkan Safee membawa pulang hadiah berupa set besi tempa Mizuno JPX921, ihsan MST Golf Sdn Bhd dengan kredit berminai RM2000 bagi F&B oleh Glenmarie Golf & Country Club, di samping hadiah lain atas pencapaiannya memenangi Kategori BMedal dalam kejohanan itu.

Juara keseluruhan jatuh kepada Noriskandar Nordin (Hcp 24) yang menghasilkan 64 pukulan.

Antara hadiah lain yang menjadi rebutan semasa kejohanan golf termasuklah jam tangan premium daripada Epos dan Vostok, barangan eksklusif Mazda, baucar rebat bernilai RM5000 daripada Mazda dan Kia serta cabutan bertuah.

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, pihak pengurusan Bermaz Motor Trading Sdn Bhd telah berjanji untuk menganjurkan kejohanan seterusnya dalam skala yang lebih besar dan lebih baik bagi menampung lebih ramai penyertaan daripada ahli GGCC.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya