fbpx

Sabah ikat Selangor di Petaling Jaya

KAPTEN Selangor, Brendan Gan (kiri) melakukan rembatan ketika menentang Sabah FC di Petaling Jaya, malam ini. - IHSAN SELANGOR FC

PETALING JAYA: Kebangkitan yang cuba dilakukan Selangor tidak menjadi kenyataan apabila diikat 1-1 oleh Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Selepas dibelasah 5-1 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu, hasrat Red Giants untuk bangkit tampak menyala apabila Herlison Caion membuka jaringan seawal minit ketiga.

Penyerang kelahiran Brazil itu menyempurnakan hantaran Alexander Agyarkwa.

Sabah bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani pada minit ke-53.

Caion berpeluang untuk menambah jaringan pada minit ke-86, namun rembatannya dalam kotak penalti ditampan pertahanan Sabah.

 

Keputusan seri bermakna Sabah kekal di tangga kedua dengan mengumpul 19 mata, manakala Selangor pula di kedudukan keenam dengan 12 mata. – UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!