Ronaldo tolak tawaran Beckham

Ronaldo tolak tawaran Beckham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Cristiano Ro­naldo menolak idea bergabung dengan David Beckham apabila enggan menerima tawaran kelab milik legenda Manchester United itu, Inter Miami dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS).

Biarpun sedang mempertimbangkan masa depannya di Old Trafford gara-gara kurangnya penglibatan United dalam jendela perpindahan, namun berpindah ke AS nyata bukan impian bintang Portugal itu.

Pemain berusia 37 tahun itu dikaitkan dengan beberapa gergasi bola sepak Eropah, namun Bayern Munich awal-awal lagi menafikan hasrat mendapatkan Ronaldo.

CRISTIANO Ronaldo (kiri) bersama David Beckham.

Chelsea, AS Roma dan Spor­ting Lisbon antara kelab yang turut dikatakan berminat mendapatkan khidmat Pemain Terbaik Dunia lima kali itu.

Menurut Daily Star, Inter Miami telah mengemukakan tawaran ‘menggiurkan’ kepada Ronaldo, namun percubaan mereka menemui jalan buntu selepas United menegaskan pemain itu bukan untuk dijual.

Masih memiliki kontrak 12 bulan di Old Trafford, Ronaldo akan bertemu pengurus baharu United, Erik ten Hag minggu ini bagi membincangkan masa ­depannya.

Ten Hag mahu kapten Portugal itu kekal, malah mempertimbangkan untuk memberi lilitan ketua pasukan kepadanya menggantikan Harry Maguire. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya