PSG mahu singkir Neymar

PSG mahu singkir Neymar

NEYMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Neymar dalam perjalanan keluar dari Paris Saint-Germain (PSG) selepas presiden kelab Perancis itu, Nasser Al-Khelaifi mengesahkan penyerang Brazil tersebut akan dijual.

Neymar membentuk trio superstar bersama Lionel Messi dan Kylian Mbappe, namun kini berpotensi mengikut jejak pengurus pasukan, Mauricio Pochettino yang dilepaskan musim panas ini.

RMC Sport melaporkan, PSG telah memberitahu Neymar bahawa dia ‘tiada tempat’ dalam pasukan apabila Christophe Galtie menggantikan Pochettino bersama pengarah sukan baharu, Luis Campos.

Neymar sebelum ini kelihatan bersedia kekal bersama Mbappe, tetapi kini ‘terbuka untuk pergi’ selepas berang dengan komen Al-Khelaifi.

KOMBINASI Neymar (kiri), Kylian Mbappe (tengah) dan Lionel Messi tidak akan mewarnai Ligue 1 musim depan.

“Kemungkinan Neymar pergi musim panas ini? Apa yang saya boleh beritahu anda, kami menjangkakan semua pemain melakukan lebih banyak daripada musim lalu. Lebih banyak lagi!

“Mereka semua perlu 100 peratus. Jelas sekali, kami tidak cukup bagus untuk pergi jauh.

“Anda perlu merendah diri. Anda perlu berubah untuk menge­lak kecederaan, penggantungan dan kesalahan yang mengubah permainan,” kata Al Khelaifi kepada Le Parisien baru-baru ini.

Neymar yang menyertai PSG dari Barcelona dalam perjanjian rekod dunia 200 juta pound (RM1.07 juta) pada 2017, menyumbang 13 gol dan lapan bantuan dalam 28 perlawanan musim lalu.

Pemain berusia 30 tahun itu dilaporkan mahu kekal dan membantu kelab memburu Liga Juara-Juara pertama tetapi kini fikirannya berubah kerana ‘tidak merasakan cinta’ di PSG.

NEYMAR

Walaupun mencipta 100 gol dan 60 bantuan dalam 144 perlawanan bersama PSG, gaji Neymar yang besar akan menyukarkannya mencari kelab baharu.

Dia dikatakan menikmati gaji 600,000 pound (RM3.2 juta) ­seminggu. ​​

Bekas pasukannya, Barcelona tidak mempunyai dana untuk menandatanganinya, manakala Manchester United perlu menjual Cristiano Ronaldo jika mahu mendapat ­khidmat bintang Brazil itu.

Chelsea dianggap destinasi yang berkemungkinan untuk dituju ekoran pengambilalihan Todd Boehly tetapi Blues kini menumpukan kepada usaha mendapatkan Raheem Sterling dari Manchester City dan Raphinha dari Leeds.

Rakan sepasukan Neymar di Brazil, Thiago Silva berharap Chelsea dapat membawa pemain itu ke Stamford Bridge. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.