Pogba hampir pasti kembali ke Juventus

Pogba hampir pasti kembali ke Juventus

PAUL POGBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Paul Pogba akan menjalani pemeriksaan perubatan dengan Juventus awal bulan depan selepas butiran mengenai kepulangannya ke Turin didedahkan.

Bekas pemain tengah Manchester United berusia 29 tahun itu juga dilihat bersedia untuk menandatangani perjanjian tiga tahun dengan pilihan 12 bulan lagi.

Dilaporkan, pertemuan pen­ting antara pegawai dari kelab Itali itu dan salah seorang wakil Pogba, Rafaela Pimenta telah berlangsung di Milan kelmarin.

Segala-galanya kini tersedia untuk Pogba kembali ke kelab gergasi Serie A itu sebagai ejen bebas selepas enam tahun dia menyertai semula United dalam perjanjian yang ketika itu mencatat rekod dunia 89 juta pound (RM480 juta).

Laporan di Itali mencadangkan dia akan mendapat gaji asas sekitar 150,000 pound (RM811, 330) seminggu walaupun itu akan dirangsang oleh yuran pendaftaran yang besar.

Sebelum ini, Pogba dalam dokumentari khas menyifatkan tawaran kontrak baharu 300,000 pound (RM1.62 juta) seminggu daripada Red Devils sebagai tidak memberi makna.

“Saya mahu buktikan kepada United bahawa mereka telah melakukan kesilapan apabila tidak menawarkan kontrak baharu kepada saya.

“Bagaimana sesebuah pasukan itu mahu memberitahu kepada pemainnya bahawa mereka masih diperlukan tanpa menawarkan sebarang kontrak?

“Sejujurnya saya langsung tidak pernah lihat situasi itu berlaku di mana-mana pasukan di dunia,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya