Pertembungan Kedah, JDT ditunda

Pertembungan Kedah, JDT ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertembungan Liga Super yang amat dinantikan peminat bola sepak tempatan antara Kedah menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sepatutnya berlangsung pada 19 Jun ini dipinda ke satu tarikh baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, mereka menerima permohonan daripada Kedah pada 12 Mei lalu bagi membolehkan pasukan itu mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan persiapan sebelum mengharungi kempen Piala AFC yang berlangsung di Denpasar, Bali, Indonesia dari 24 hingga 30 Jun ini.

Katanya, selepas memajukan permintaan Kedah kepada JDT, MFL menerima maklum balas positif daripada Harimau Selatan yang menyokong pertukaran jadual itu.

“Namun tarikh perlawanan yang dipinda akan ditentukan hanya selepas keputusan peringkat kumpulan Piala AFC nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Stuart juga menegaskan, MFL sentiasa memberikan kerjasama kepada kelab-kelab iaitu JDT dan Kedah, termasuk Kuala Lumpur City (KL City) yang bermain dalam kejohanan kompetitif Asia seperti Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC.

Kedah dan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC akan berentap dalam Kumpulan G serta Kumpulan H bagi saingan Piala AFC bulan ini, manakala JDT bertemu Urawa Red Diamonds dalam pusingan 16 akhir ACL pada Ogos ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.