Pemain MU angkat kaki tak dapat gaji?

Pemain MU angkat kaki tak dapat gaji?

SEBAIK sahaja pusingan kedua Liga Super bersambung, Melaka United yang seri 0-0 menentang Negeri Sembilan, Sabtu lalu dikaitkan dengan masalah tunggakan gaji dan menyebabkan beberapa pemain mahu meninggalkan skuad Sang Kancil. – IHSAN MELAKA UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Episod kelewatan gaji pemain Me­laka United (MU) berlaku lagi.

Kali ini tiga pemain mengancam mahu meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan kedua yang ditutup Jumaat ini jika tunggakan dua bulan gaji tidak dijelaskan oleh pihak pengurusan Ken Team.

Salah seorang pemain yang pasti meninggalkan skuad Sang Kancil ialah bintang penyerang import, Sony Norde yang sebelum ini dilaporkan tidak mahu menyarung jersi pasukan itu dengan memberi alasan keluarga.

Dua lagi pemain di posisi pertahanan dilaporkan tidak begitu selesa dengan masalah gaji yang sering tertunggak menyebabkan mereka mengambil keputusan meninggalkan MUFC sebelum berakhirnya jendela kedua.

Menurut sumber rapat Melaka, dalam kala­ngan pemain dan pegawai semakin resah apabila masalah gaji sering berlaku dan saban masa terpaksa merayu pihak pengurusan untuk menyelesaikannya.

SONY NORDE

“Sony Norde awal lagi dah umumkan akan meninggalkan Melaka United manakala dua pemain lain masih menunggu pihak pengurusan menyelesaikan tunggakan yang kini masuk bulan kedua gaji tidak dibayar.

“Dua pemain telah memaklumkan kepada Ken Team jika tunggakan gaji tidak dijelaskan mereka akan angkat kaki menyertai pasukan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, tidak hairanlah pasukan mempamer aksi longlai ketika seri 0-0 dengan Ne­geri Sembilan di Stadium Hang Jebat, Sabtu lalu.

Jurulatih Melaka, Asri Mohd. Ninggal sebelum ini pernah memberitahu Utusan Malaysia pasukannya berdepan ‘masalah’ ketika menentang Kelantan United dalam aksi persahabatan baru-baru ini.

Begitupun beliau enggan mengulas lanjut mengenai masalah yang membelenggunya. 

Sumber itu menambah, jika Norde tetap meninggalkan pasukan bersama dua pemain lain, mereka berdepan tugas sukar untuk mencari tiga mata di tempat sendiri menentang Sarawak United, Sabtu ini disusuli bertemu Johor Darul Ta’zim, Sabtu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN