Pandelela buktikan usia bukan penghalang lakar kejayaan

Pandelela buktikan usia bukan penghalang lakar kejayaan

PANDELELA Rinong )(kanan) bersama dua penerjun China, Chen Yuxi (tengah) dan Quan Hongchan yang masing-masing memenangi emas dan perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pada usia mencecah 29 tahun, Datuk Pandelela Rinong puas membuktikan dia masih mampu memberi cabaran kepada penerjun muda apabila memenangi pingat gangsa Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary semalam.

Ratu terjun negara itu memenangi acara kegemarannya, 10 meter (m) platform wanita dengan mengumpul 338.85 mata keseluruhan.

Pandelela bukan sahaja muncul penerjun paling tua menaiki podium, malah dia atlet tertua dalam kalangan 12 peserta yang berjaya melayakkan diri ke saingan akhir.

PANDELELA Rinong melakukan terjunan kemas ketika memenangi pingat gangsa 10 meter platform pada Kejohanan Dunia di Budapest, semalam. – AFP

Pingat emas dimenangi juara Olimpik yang juga juara 2019, Chen Yuxi dari China yang baru berusia 16 tahun 417.25 mata.

Rakan senegara Yuxi, Quan Hongchan yang memenangi pingat perak pula baru berusia 15 tahun. Hongchan menutup saingan dengan mengutip 416.96 mata.

Kata Pandelela, walaupun sudah berumur 29 tahun, dia masih mampu membuat terjunan terbaik untuk memberikan saingan kepada penerjun muda dan memenangi gangsa.

Katanya, tempoh rehat panjang akibat Covid-19 dan kekurangan penyertaan di kejohanan antarabangsa tidak menghalangnya untuk mengekalkan prestasi dalam usaha meraih keputusan positif di kejohanan dunia.

“Ia seumpama melunaskan dendam terhadap kegagalan di pertandingan sebelum ini. Apa yang boleh saya katakan, setiap kejayaan dan kegagalan memberi motivasi kepada diri untuk lebih berjaya.

“Kejayaan yang diraih ini membuktikan bahawa saya masih lagi mampu untuk bersaing dalam acara berkenaan,” katanya.

PANDELELA meraikan kejayaan memenangi pingat gangsa.

Penerjun Brazil, Ingrid Oliveira yang menduduki tangga keempat berusia 26 tahun, Caeli McKay dari Kanada yang berada di tempat kelima pula berumur 23 tahun, manakala Matsuri Arai dari Jepun 21 tahun.

Di tempat ketujuh pula Sarah Jodoin Di Maria dari Itali yang berusia 22 tahun, diikuti Emily
Boyd (Australia) di tangga kelapan berusia 27 tahun dan peserta Amerika Syarikat (AS), Daryn Wright yang berkedudukan kesembilan berumur 19 tahun.

Tiga peserta tangga terakhir, Nikita Hains dari Australia dan Guurtje Praasterink dari Belanda dan Christina Wassen dari Jerman masing-masing berusia 20, 19 dan 23 tahun.

Selepas ini, Pandelela akan turun bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam 10m platform seirama dengan misi mempertahankan perak yang pernah dimenangi ketika bergandingan dengan Datuk Leong Mun Yee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya